Home Pasaran FBM KLCI Ditutup Rendah, Seiring Aliran Pasaran Serantau
Pasaran

FBM KLCI Ditutup Rendah, Seiring Aliran Pasaran Serantau

FBM KLCI Ditutup Rendah, Seiring Aliran Pasaran Serantau

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 20 Mac(Livevartha) — Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan aliranpasaran serantau berikutan sentimen lemah pelabur, kata seorang penganalisis.

Beliau berkata ini sebabkan olehkeputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) untuk mengekalkan kadar faedah dan keputusan tidak dijangka People’s Bank of China’s (PBOC) yang mengekalkan kadar pinjaman utamanya.

Pada5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sebanyak 13.50 mataatau 0.89 peratuskepada 1,504.16 daripada paras penutup 1,517.66 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran itudibuka tinggi naik 4.74 mata kepada 1,522.40 dan bergerak antara paras 1,504.14 dan 1,524.23 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 479 berbanding 453, manakala 459 kaunter tidak berubah, 1,046 tidak diniagakan dan 17 digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.27 bilion unit bernilai RM2.64 bilion daripada 2.92 bilion unit bernilai RM2.73 bilion pada Rabu.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata, meskipun keputusan Fed itu telah dijangkakan, namun langkah yang diambil Chinaadalah diluar jangkaan dan mengecewakan parapelabur.

Beliau berkatapasaran saham Malaysia, seperti saham serantau lainmemberikan respons negatif apabila kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi China telah menjejaskan sentimen.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...