Home Pasaran Data Ekonomi AS, Prospek Tarif Heret Turun Bursa Malaysia Pada Sesi Awal
Pasaran

Data Ekonomi AS, Prospek Tarif Heret Turun Bursa Malaysia Pada Sesi Awal

Data Ekonomi AS, Prospek Tarif Heret Turun Bursa Malaysia Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Livevartha)–Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan selama empat hari berturut-turut pada sesi awal Isnin yang menjejaki aktiviti jualan ketara diWall Street pada Jumaat lepas ketika pelabur bersiap sedia menunggu pengumuman data penting ekonomi Amerika Syarikat (AS) selain kekal gusar dengan dasar tarif Presiden Donald Trump.

Pada jam 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.43 mata kepada 1,584.48 daripada 1,590.91 pada akhir urus niaga Jumaat. Indeks penanda aras itu dibuka susut 3.26 mata pada 1,587.65.

Di pasaran meluas, kaunterrugi mengatasi untung iaitu 213 berbanding 118dengan 279 kaunter tidak berubah, 1,720 tidak didagangkan dan 22 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak216.43 juta unit bernilai RM87.79 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata sentimen di AS kini semakin berhati-hati di tengah-tengah andaian tekanan inlfasi yang semakin ketara.

Ini dapat dilihat daripada kelembapan pekerjaannya walaupun kadar pengangguran susut serta pertumbuhan gaji atau upah yang lebih mengukuh.

Selain itu, Trump juga dilaporkan sedang mempertimbangkan tarif baharu sebanyak 25 peratus ke atas import keluli dan besi yang dijangkadiumumkan pada lewat hari ini.

"Minggu ini, peniaga akan memantau rapat data utama, termasuk IndeksHarga Pengeluardan Indeks Harga Pengguna serta jualan runcit,” katanya.

Di peringkat tempatan, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata indeks FBM KLCI diunjur dalam julat 1,585-1,595.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...