Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan kecil ketika musim cuti Krismas dengan unjuran harga US$2,585 hingga US$2,635 di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati serta aktiviti akhir tahun yang suram.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata logam berharga itu kekal di bawah tekanan susulan pengukuhan dolar AS dan peningkatan hasil Perbendaharaan negara maju itu dengan sokongan akibat ketidaktentuan geopolitik terus menyusut.

“Bagaimanapun, momentum spekulatif bagi melonjakkan harga kelihatan kian suram menjelang berakhirnya tahun ini.

“Secara asasnya, permintaan terhadap emas kekal memberangsangkan, didorong oleh pembelian daripada bank-bank pusat, termasuk dalam pasaran sedang pesat membangun seperti China, India dan Turkiye selain minat runcit yang stabil di Asia,” katanya kepada Livevartha.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, kontrak bulan semasa Disember 2024 mengakhiri dagangan minggu ini dengan lebih rendah padaUS$2,607.00 setiap auns troy daripada US$2,678.30 setiap auns troy pada minggu lepas manakala kontrak Januari2025 berkurangan kepada US$2,620.10 setiap auns troy daripada US$2,691.40.

Kontrak Februari2025, Mac2025 dan April 2025 juga ditutup rendah pada US$2,630.30 setiap auns troy daripadaUS$2,701.50 setiap auns troy pada minggu lepas.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 144 lot daripada210 lot pada minggu lepas manakala kepentingan terbuka turun kepada24 kontrak daripada 63 kontrak sebelum ini.

Mengikut penetapanLondon Bullion Market Association pada 19 Dis, harga emas fizikal berada padaUS$2,592.45 setiap auns troy.

Related Articles

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Musim Cuti Dijangka Pengaruhi Pergerakan Ringgit Dalam Julat Kecil Minggu Depan
Pasaran

Musim Cuti Dijangka Pengaruhi Pergerakan Ringgit Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Ringgit...

Pasaran Getah Kekal Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Kekal Tidak Menentu Minggu Depan

gambar file Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) –Pasaran...