Home Pasaran Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Livevartha)– Aktiviti belian pada harga rendah selepas keadaan terlebih jual yang ketara terus meningkatkanindeks utama Bursa Malaysia untuk ditutup lebih tinggi pada sesi tengah hari ini, kata seorang peniaga.

Pada 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik19.32 mata, atau1.22 peratus kepada1,593.71 daripada1,574.39 ketika ditutup pada Selasa.

FBM KLCI dibuka 1.73 mata lebih tinggi pada1,576.12 dan bergerak antara1,563.77 dan1,596.60 pada sesi pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 905 kepada 281, manakala 351 kaunter tidak berubah, 880 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 3.15 bilion unit bernilai RM1.98 bilion.

Dalam satu nota, Malacca Securities Sdn Bhd berpendapat bahawa pasaran masih berdagang dengan berhati-hati, dan kenaikan harga mungkin terhad buat masa ini.

"Selain itu, kami memilih saham kewangan terpilih dalam fasa aliran menaik," katanya.

Malacca Securities berkata prestasiHartalega yang bertambah baik boleh mendorongpembelian yang baik untuk industri sarung tangan, kerana ia mula memberi dividen kepada pemegang sahamselepas dua tahun.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok dua sen kepada RM10.12, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.23, Tenaga Nasional menokok 50 sen kepada RM14.14, CIMB naik 10 sen kepada RM7.30, dan IHH Healthcare menokok tiga sen kepada RM6.24.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...