Home Pasaran Bursa Malaysia Teruskan Aliran Meningkat Dipacu Sentimen Positif Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Teruskan Aliran Meningkat Dipacu Sentimen Positif Pasaran

Bursa Malaysia Teruskan Aliran Meningkat Dipacu Sentimen Positif Pasaran

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 April(Livevartha) –Bursa Malaysia meneruskan peningkatan semalam untuk ditutup kukuh hari ini, kekal melepasi paras 1,500 mata, disokong sentimen pasaran yang semakin pulih susulan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang semakin reda, walaupun prestasi pasaran serantau bercampur-campur.

Pada 5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik5.33 mata, mewakili0.36 peratus kepada1,506.52 daripada 1,501.19 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka0.64 mata lebih rendah pada1,500.55 dan bergerak antara 1,500.40 dan1,507.45 sepanjang hari.

Keseluruhan pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak462 berbanding 426, manakala 457 kaunter tidak berubah, 1,070 tidak diniagakan dan 13 digantung.

Jumlah dagangan naik kepada3.08 bilion unit bernilaiRM2.14 bilion daripada2.99 bilion unit bernilaiRM2.08 bilion pada Rabu.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata kekuatan berterusan saham-saham berwajaran tinggi dalam sektor perkhidmatan kewangan, yang dipacu oleh penyertaan semulainstitusi,menjadi pemacu utama ketahanan pasaran tempatan.

Beliau berkata, data perdagangan terkini Malaysia mengesahkan keteguhan sektor luarnya, sekali gus meningkatkan optimistik dalam pasaran.

“Eksport meningkat sebanyak 6.8 peratus tahun ke tahun pada Mac 2025, dengan ASmuncul sebagai destinasi eksport utama Malaysia.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...