Home Pasaran Bursa Malaysia Terus Kukuh, FBM KLCI Ditutup Hampir Paras Tertinggi Dalam Tempoh 45 Bulan
Pasaran

Bursa Malaysia Terus Kukuh, FBM KLCI Ditutup Hampir Paras Tertinggi Dalam Tempoh 45 Bulan

Bursa Malaysia Terus Kukuh, FBM KLCI Ditutup Hampir Paras Tertinggi Dalam Tempoh 45 Bulan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Livevartha) –Bursa Malaysia melanjutkan kenaikan kukuh berterusan dan ini mendorong indeks utama ditutup kepada hampirparas tertinggi dalam tempoh 45 bulan pada Rabu.

Prestasi ini dipacu oleh lonjakan sentimen dalam sektor kewangan, disokong oleh laporan pendapatansukuan yang kukuh oleh kalangan syarikat utama.

Pada pukul 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 22.95 mata atau 1.38 peratus kepada 1,675.24 daripada 1,652.29 ketika ditutup pada Selasa.

Paras tinggi terdekat adalah 1,681.41 yang direkodkan pada 16 Dis, 2020.

Indeks itu dibuka 5.48 mata lebih tinggi kepada 1,657.77 sebelum bergerak dalam wilayah positif sepanjang hari dengan paras tertinggi harian pada 1,681.37 dan terendah pula 1,657.77.

Bagaimanapun, lingkungan pasaran adalah lemah dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 783 berbanding 407, manakala 457 kaunter tidak berubah, 869 kaunter tidak diniagakan dan 42 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.96 bilion unit bernilai RM4.65 bilion daripada 3.18 bilion unit bernilai RM3.19 bilion pada Selasa.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI mengakhiri dagangan hari ini dengan positif, dan ia melepasi paras 1,680 semasa awal dagangan.

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...