KUALA LUMPUR, 10 Feb (Livevartha)– Peningkatan saham wajaran tinggi telekomunikasi mengehadkan penyusutan indeks petunjuk utama Bursa Malaysia pada dagangan tengah hari Isnin, di tengah-tengahkebimbangan berterusan mengenai inflasi Amerika Syarikat (AS) sertaancaman tarif olehPresiden DonaldTrump.
Pada 12.30 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.90 mata kepada 1,589.01 berbanding 1,590.91 pada Jumaat lepas.
Indeks berkenaandibuka susut 3.26 mata kepada 1,587.65 pagi ini dan seterusnya bergerak dalam julat 1,584.20 hingga 1,590.20 sepanjang sesi dagangan awal.
Setakat tengah hari ini, kaunter rugi mengatasi untung iaitu526 berbanding 309dengan 453 kaunter tidak berubah, 1,042 tidak didagangkan dan 22 digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 1.86 bilion unit bernilai RM902.36 juta.
Dalam pada itu, Kenanga Investment Bank berkata ketidaktentuan pasaran dijangka ketara dalam separuh pertama minggu ini namun pulih kemudiannya dengan syarat Trump dapat memberi gambaran lebih jelas mengenai perancangantarif.
Trump telah menyatakan untuk berkongsi pelan tarifnya pada Selasa atau Rabu ini.
Selain itu, tumpuan turut diberikan kepada datainflasi harga pengguna AS, Indeks Harga Pengguna dan Indeks Harga Pengeluar pada Rabu dan Khaamis yang boleh mempengaruhi keputusan Fed berhubung kadar faedah, kata Kenanga dalam nota penyelidikannya hari ini.
Di peringkat tempatan,pelabur akan menumpukan data Keluaran Dalam Negara Kasar bagi suku keempat 2024 pada Jumaatdengan pertumbuhan tahun ke tahun diunjur pada 4.8 peratus manakala pertumbuhan setahun penuh pada 5.1 peratus.