Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Seiring Wall Street, Pasaran Serantau Diasak Pelan Tarif AS
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Seiring Wall Street, Pasaran Serantau Diasak Pelan Tarif AS

Bursa Malaysia Rendah Seiring Wall Street, Pasaran Serantau Diasak Pelan Tarif AS

KUALA LUMPUR, 4 April(Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan susut sedikit, menjejaki prestasi semalamanWall Street yang lemah dan diasak aktiviti jualan ketaraserta pasaran serantau yang turut lesu susulan pengumuman rancangan tarif timbal balik Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 9.45 mata atau 0.62 peratus kepada 1,509.46 daripada 1,518.91 semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 9.90 mata lebih rendah pada 1,509.01.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu382 berbanding 47manakala 183 kaunter tidak berubah, 1,747 tidak didagangkan dan 19 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak120.43 juta saham bernilai RM68.47 juta.

Di peringkat serantau, pasaranNikkei225 susut 2.47 peratus kepada33,878.41, Indeks Straits Times Singapura turun1.27 peratus kepada3,892.17 manakala Indeks Hang Seng Hong Kong jatuh 1.52 peratus kepada22,849.81.

Dalam pada itu, seiring jangkaan pelabur mengenai tarif lebih tinggi ke atas sarung tangan China akan memberi manfaat kepada penggiat tempatan, Malacca Securities Sdn Bhd mengunjurkan momentum pemulihan terus ketara, disokong oleh jumlah dagangan yang kukuh semalam dan meningkatkan peluang sedia ada.

“Kami juga kekal dengan pendirian bahawa pelabur akan tertarik kepada sektor yang kurang terjejas daripada pelaksanaantarif timbal balik, termasuk utiliti dan produk dan perkhidmatan pengguna," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Di peringkat tempatan, saham wajaran tinggi Bursa Malaysia menyaksikanIHH Healthcare naik lima sen kepada RM6.80, Press Metal tidak berubah pada RM4.87, Maybank rugi enam sen kepada RM10.20, Public Bank susut dua sen kepada RM4.38manakala TNB dan CIMB masing-masing turun enam sen kepada RM13.52 dan RM7.07.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...