Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Serantau

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Serantau

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Livevartha)– Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih rendah, diasak aktiviti jualan membabitkan saham wajaran tinggi tertentu selain menjejaki prestasi pasaran serantu ketika pelabur kian gelisah terhadap kebimbangan berkaitan tarif oleh Amerika Syarikat (AS).

Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sebanyak 6.10 mata atau 0.38 peratus kepada1,574.78 daripada 1,580.88 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka turun 0.26 mata kepada 1,580.62 dan bergerak dalam julat 1,574.02 hingga 1,581.49 sepanjang sesi itu.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu555 berbanding 262 dengan 463 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,060 tidak diniagakan dan 22 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan melonjak kepada 1.89bilion saham bernilai RM1.09 bilion.

Pasaran serantau merosot susulan pendirian pelabur yang lebih berhati-hati berikutan cadangan Presiden Donald Trump untuk mengenakan tarif 25peratus ke atas automotif, semikonduktor dan farmaseutikal yang dijangka berkuat kuasa pada 2 Apri ini.

Pasaran Nikkei 225 Jepunturun 1.46peratus kepada 38,591.71, Indeks Hang Seng Hong Kong susut 1.38 peratus kepada22,627.51 manakala Indeks Straits Times Singapura menguncup 0.07peratus kepada3,931.09, Indeks Komposit Shanghai di China merosot 0.16peratus kepada 3,346.09 dan Indeks Kospi Korea Selatan berkurangan0.66 peratus kepada 2,653.76.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata sentimen di pasaran tempatan kekal tidak menentu di tengah-tengah aliran keluar dana asing yang berlanjutan.

Sehubungan itu, pelabur mengambil pendekatan lebih berhati-hati, menumpukan sektor yang berdaya tahan seperti hartanah dan perbankan.

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...