Wednesday , 26 February 2025
Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejak Prestasi Pasaran Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejak Prestasi Pasaran Serantau

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejak Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Livevartha)– Bursa Malaysia meneruskan penyusutannya pada tengah hari Selasasusulan tekanan jualan merentasi papan indeks dan seiring pasaran serantau berikutan prestasi semalaman Wall Street yang hambar, kata penganalisis.

Pada12.30 tengah hari, indeks petunjuk utamaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 17.08 mata atau 1.08 peratus kepada1,567.17 daripada 1,584.25 di akhir dagangan semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka susut1.52 mata kepada 1,582.73.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 809 berbanding155 dengan 334 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,052 tidak diniagakan dan tujuh lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak1.76 bilion saham bernilai RM1.21 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata Wall Street melanjutkan kerugiannya menjelang musim pelaporan prestasi saham wajaran tinggi teknologi selain faktor kelemahan data ekonomi yang menunjukkan permintaan pengguna terus lemah.

“Kami menjangkakanWall Street menyaksikan dagangan tidak menentu susulan prestasiniaga hadapan Hong Kong yang susut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Public Investment Bank Bhd berkata minggu akan datangakan turut mengetengahkan perkembangaan terkini berkaitankeyakinan pengguna dan inflasi — topik yang menjadi tumpuanWall Street selepas mencatat penyusutan pada minggu lepas.

Laporan baru-baru ini menunjukkan sentimen pengguna kian merosot dengan unjuran inflasi terus buruk, sebahagiannya disebabkan oleh faktor tarif serta dasar lain yang didorong oleh Presiden AS Donald Trump.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar Us
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar Us

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 26 Feb (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Dibuka Tinggi, Pelabur Memantau Perkembangan Tarif AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi, Pelabur Memantau Perkembangan Tarif AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 25 Feb (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Oleh Karina Imran KUALA LUMPUR, 25 Feb (Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan...

Kebimbangan Bekalan Terhad Dorong Pasaran Getah Ditutup Tinggi
Pasaran

Kebimbangan Bekalan Terhad Dorong Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 25 Feb(Livevartha) — Pasaran getah Kuala...