Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Pengambilan Untung Berterusan
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Pengambilan Untung Berterusan

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Pengambilan Untung Berterusan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 29 April (Livevartha) –Bursa Malaysia rendah semasa tengah hari pada Selasa, susulan prestasi tidak menentu ketika dagangan pagi disebabkan aktiviti pengambilan untung berterusan walaupuntrend pasaran serantau kebanyakannyapositif.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.33mata kepada 1,519.26 daripada 1,521.59 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka0.61 mata lebih rendah kepada 1,520.98dan bergerak antara 1,518.68 hingga 1,524.50sepanjang dagangan pagi.

Bagi keseluruhan pasaran,kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 411berbanding 336, manakala 449kaunter tidak berubah, 1,244 kaunter tidak diniagakan dan 117digantung.

Jumlah dagangan 2.18bilion saham bernilai RM893.3juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkatapergerakan pasaran berkemungkinan tidak banyak berubah selepas beberapa hari mencatatkanaliran meningkat.

Semalam, bursa tempatan ditutup pada paras tertinggi harian,menandakan sesi kenaikan keempat berturut-turut.

“Iniadalah pembetulan yang positif untuk indeks inidan ia juga menyediakan asas untuk indeks ini membentuk aliran meningkat yang baharu,” katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...