Home Pasaran BURSA MALAYSIA RENDAH PADA TENGAH HARI
Pasaran

BURSA MALAYSIA RENDAH PADA TENGAH HARI

BURSA MALAYSIA RENDAH PADA TENGAH HARI

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Selasa, apabila pelabur yang berhati-hati mengambil untung menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Mesyuarat FOMC AS dijadualkan berlangsung selama dua hari, 17 hingga 18 Disember.

Pada pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.11 mata atau 0.32 peratus kepada 1,601.74 daripada 1,606.85 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka 1.59 mata lebih rendah kepada 1,605.26 dan bergerak antara 1,601.18 hingga 1,606.81 sepanjang sesi pagi.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 547 berbanding 317 manakala 526 kaunter kekal tidak berubah, 1,082 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 1.68 bilion unit bernilai RM1.02 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd menjelaskan apabila perhatian terarah kepada mesyuarat FOMC akan datang, aktiviti dagangan di AS mungkin menjadi perlahan.

\”Bagaimanapun, kami yakin minat belian mungkin muncul di peringkat tempatan ketika  syarikat melakukan aktiviti memperelok akaun sepanjang Disember ini.

\”Kami yakin saham yang berkaitan rantaian bekalan dan teknologi pusat data akan berprestasi baik dalam persekitaran dolar AS yang lebih kukuh,\” menurutnya dalam nota penyelidikan.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh

Kredit: MPOC Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha)...

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...