Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Livevartha) — Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal hari ini, mengambil petunjuk daripada penurunan semalaman Wall Street, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.47 mata kepada 1,514.58 daripada 1,518.05 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 4.97 mata kepada 1,513.08.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 206 berbanding 101, dengan 235 kaunter tidak berubah, 1,927 tidak diniagakan dan 160 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 117.20 juta saham bernilai RM70.70 juta.

Naib Presiden Penyelidikan EkuitiRakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah semalaman berikutanPresiden Amerika Syarikat (AS)Donald Trump bersedia untuk mengumumkan tarif baharu ke atas import automotif ke AS, meningkatkan ketegangan perdagangan global yang dicetuskannya pada awal tahun ini.

“Ketiga-tiga indeks utama ditutup dalam julat negatif, dengan Dow Jones Industrial Average dan Nasdaq, masing-masing merosot0.31 peratus dan 2.04 peratus manakala S&P 500 susut 1.12 peratus,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata sebaliknya, kebanyakan pasaran utama Asia ditutup tinggi, disokong oleh kenaikan dalam saham minyak dan gas, teknologiserta kenderaan elektrik (EV).

Dalam negara, Thong berkata FBM KLCI meneruskan momentum kenaikannya, didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih berikutan penilaian yang menarik.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...