Home Pasaran Bursa Malaysia Meningkat Semula Selepas Dibuka Rendah, Disokong Keyakinan Ekonomi
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Semula Selepas Dibuka Rendah, Disokong Keyakinan Ekonomi

Bursa Malaysia Meningkat Semula Selepas Dibuka Rendah, Disokong Keyakinan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah pada Rabu namun, meningkat semula tidak lama selepas itu, disokong oleh pembelian berterusan di kaunter wajaran tinggi terpilih susulan keyakinan terhadap prospek ekonomi domestik, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.48 mata atau 0.23 peratus kepada 1,545.01 daripada 1,541.53 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.80 mata lebih rendah kepada 1,539.73.

Pasaran secara keseluruhan adalah positif, dengan 187 kaunter untung mengatasi 139 kaunter rugi. Sebanyak 299 kaunter tidak berubah, manakala 1,766 kaunter tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 168.64 juta saham bernilai RM133.79 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd berasaskan petunjuk lemah daripada Wall Street dalam tempoh semalaman, bursa tempatan dijangka dibuka dalam keadaan tidak banyak berubah.

“Bagaimanapun, kami mengekalkan pendirian positif terhadap saham berkaitan pusat data dan tenaga boleh baharu (TBB) susulan perjanjian terkini yang dimeterai oleh Gamuda dengan pembangun TBB.

“Selain itu, dengan perbelanjaan modal Tenaga Nasional yang berterusan memasuki separuh kedua 2025, kami yakin perkara itu akan memberi manfaat kepada syarikat pengkhususan infrastruktur tenaga dan pembuat kabel,” jelasnya dalam nota penyelidikan.

Malacca Securities memaklumkan sektor pembinaan dijangka diniagakan dalam kedudukan yang lebih kukuh.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...