Home Pasaran Bursa Malaysia Meningkat Semula Dalam Dagangan Awal
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Semula Dalam Dagangan Awal

Bursa Malaysia Meningkat Semula Dalam Dagangan Awal

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Livevartha) — Bursa Malaysia naik semula daripada penurunan sebelum ini, mencerminkan pemulihan Wall Street tetapi sentimen kekal lemah disebabkan ketidaktentuan terhadap tekanan inflasi Amerika Syarikat (AS).

Pada9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Indeks dibuka tinggi 0.63 mata kepada 1,592.91.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 195 berbanding 130, dengan 230 kaunter tidak berubah, 1,764 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 197.34 juta unit bernilai RM112.92 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata penangguhan pelaksanaan tarif timbal balik oleh Presiden AS Donald Trump di negara asing memberikan sedikit kelegaan kepada pasaran, menyebabkan hasil 10 tahun AS menurun kepada 4.533 peratus.

“Kami percaya bahawa dana akan bergabung di rantau Asia dan bursa tempatan mungkin mendapat manfaat daripada kesan limpahan.

“Justeru, kami menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,590-1,600 hari ini,” katanya.

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...