Home Pasaran Bursa Malaysia Melantun Semula Susulan Momentum Positif
Pasaran

Bursa Malaysia Melantun Semula Susulan Momentum Positif

Bursa Malaysia Melantun Semula Susulan Momentum Positif

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 31 Julai(Livevartha) –Bursa Malaysia melantun semula daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi positif di pasaran serantau.

Pada 5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat13.63 mata atau0.85 peratus kepada1,625.57 daripada paras penutup1,611.94 pada Selasa.

FBM KLCI dibukatinggi naik 1.39 mata kepada1,613.33 dan bergerak antara paras1,611.60 dan 1,627.94 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 602 berbanding480, dengan494 kaunter tidak berubah, 873 tidak diniagakan dan54 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada4.42 bilion unit bernilaiRM3.62 bilion daripada 4.19 bilion unit bernilaiRM3.11 bilion.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI ditutup tinggi hari ini meskipun reaksi bercampur-campur terhadap keputusan menaikkan kadar olehBank of Japan(BoJ) dan keputusan berbeza daripada peneraju teknologiMicrosoft dan pengeluar cip Advanced Micro Devices, Inc., yang membayangkan jurang dalam landskap kecerdasan buatan.

“Prestasi pasaran hari ini diterajui oleh sektor kewangan, disokong oleh kekuatan ringgit dan potensi penurunankadar faedah di Amerika Syarikat (AS) pada suku ini.

"Selain itu, sentimen berhati-hati telah mendorong pelabur menumpu kepadasektor defensif seperti kewangan dan utiliti," katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...