Home Pasaran Bursa Malaysia Kekalkan Trajektori Meningkat, Indeks Komposit Melonjak
Pasaran

Bursa Malaysia Kekalkan Trajektori Meningkat, Indeks Komposit Melonjak

Bursa Malaysia Kekalkan Trajektori Meningkat, Indeks Komposit Melonjak

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Livevartha) –Bursa Malaysia mengekalkan trajektori meningkatnya hari ini ditutup tinggi bagi dua hari berturut-turut mendapat rangsangan daripada keyakinan pelabur, kata seorang peniaga.

Ini susulan kenyataan daripada Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) yang memberi jaminan untuk berusaha mengelakkan berlakunya kegawatan ekonomi di negara tersebut, katanya.

Selain itu,Bank of Japan (BoJ) turutmengulangi komitmennya untuk melonggarkan monetari susulan insiden kejatuhan pasaran saham global pada Isnin.

Pada5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat17.48 mata atau1.11peratus kepada1,591.87 berbanding paras penutup1,574.39 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi naik1.73 mata kepada 1,576.12 dan bergerak antara paras 1,563.77 dan1,596.60 sepanjang sesi dagangan hari ini. Indeks FBM KLCI meraih semula55.39 mata dalam tempoh dua hari lepas.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 1,061 berbading270, dengan 376 kaunter tidak berubah, 710 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada5.12bilion unit bernilaiRM4.02bilion daripada 6.39bilion unit bernilaiRM5.31bilion pada Selasa.

Pengarah Urusan SPI Asset ManagementStephen Innes berkata,jaminan oleh Fed dan BoJ ini memberikan kelegaan kepada pasaran serantau yang membayangkan bahawa mereka bersedia untuk bertindak sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...