Home Pasaran Bursa Malaysia Kekalkan Aliran Meningkat Pada Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Kekalkan Aliran Meningkat Pada Tengah Hari

Bursa Malaysia Kekalkan Aliran Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 27 Mac(Livevartha) –Bursa Malaysia mengekalkan momentum positifnya pada tengah hari ini, didorong oleh minat belian dalam kebanyakan saham wajaran tinggiterutamanya sektor perbankan dan pembinaanberikutan sentimen pasaran yang lebih baik, kata penganalisis.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.84 peratus atau 12.77 mata kepada 1,530.82 daripada 1,518.05 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 4.97 mata kepada 1,513.08 dan bergerak antara 1,512.81 dan 1,531.40 sepanjang sesi dagangan pagi.

Suasana pasaran menjadi positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 411 berbanding 381 manakala 414 kaunter tidak berubah, 1,263 tidak diniagakan dan 160 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.64bilion saham bernilai RM1.09 bilion.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, tumpuan peniaga dijangka beralih kepadasektor minyak dan gasselepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan akan mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas rakan dagangan Venezuela dan meneruskan tekanan terhadap Iran, dijangka menyokong harga minyak dalam jangka pendek.

“Sementara itu, kami kekal positif terhadap Aumas Resources Bhd berikutanmomentum kenaikan harga emas yang dijangka berterusan, didorong oleh ketidaktentuan berterusan mengenai dasar perdagangan AS dan kebimbangan mengenai sentimen pengguna yang lemah di AS,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 18sen kepada RM10.36, Tenaga Nasional meningkat 22.0 sen kepada RM13.54, CIMB Group menambah 9.0 sen kepada RM7.13 dan IHH Healthcare naik 10.0 sen kepadaRM6.91 manakala Public Bank mendatar pada RM4.47.

Bagi saham aktif, Gamuda menambah 25.0 sen kepada RM4.26, Pos Malaysia naik 6.5 sen kepada26 sen dan Chemlite Innovation meningkat 1.0 sen kepada24 sen manakala MY EGServices berkurangan setengah sen kepada 92 sen dan Bina Puri Holdings mendatar pada 33 sen.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...