Home Pasaran BURSA MALAYSIA KEKAL RENDAH PADA TENGAH HARI
Pasaran

BURSA MALAYSIA KEKAL RENDAH PADA TENGAH HARI

BURSA MALAYSIA KEKAL RENDAH PADA TENGAH HARI

KLCI

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Livevartha) – Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari berikutan aktiviti penjualan yang berterusan melibatkan saham wajaran tinggi terpilih terutama dalam sektor penjagaan kesihatan serta produk dan perkhidmatan perindustrian.

Pada 12.30 tengah hari, Indeks FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) merosot 6.43 mata atau 0.40 peratus kepada 1,602.54 daripada 1,608.97 semasa ditutup semalam selepas dibuka rendah 5.78 mata kepada 1,603.19.

Indeks itu bergerak antara 1,598.93 dan 1,603.88 sepanjang sesi dagangan pagi.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 560 berbanding 337 manakala 495 kaunter tidak berubah, 1,085 tidak didagangkan dan 21 yang lain digantung dagangan. 

IHH Healthcare merosot 33 sen kepada RM7.11, Sunway berkurangan 18 sen kepada RM4.61 dan Petronas Chemicals rendah 9.0 sen kepada RM5.00, dengan semua kaunter ini menyebabkan indeks komposit menyusut 8.06 mata.

Malacca Securities Sdn Bhd mengulangi keyakinan terhadap sektor pembinaan dan bahan bangunan berikutan realisasi pendapatan daripada pembinaan kemudahan pusat data yang bermula awal tahun ini.

“Minat belian turut muncul dalam industri pertengahan pusat data menerusi sektor teknologi seperti penyelesaian IT, keselamatan siber, pemacu cakera keras, perkhidmatan pembuatan elektronik, dan pengujian serta pemasangan semikonduktor luaran, didorong oleh kemudahan pusat data yang telah selesai serta berita mengenai Google Cloud semalam.

“Akhir sekali, peniaga juga boleh memburu peluang dagangan dalam kaunter sarung tangan berikutan momentum kukuh dalam harga saham masih berterusan,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi lain, Petronas Gas susut 16 sen kepada RM17.06, Hong Leong Bank berkurangan 24 sen kepada RM20.50 dan Telekom Malaysia turun 10 sen kepada RM6.52,
manakala Public Bank menokok 4.0 sen kepada RM4.56 dan Tenaga Nasional naik 12 sen kepada RM13.80.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh

Kredit: MPOC Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha)...

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...