Home Pasaran Bursa Malaysia Kekal Negatif Pada Tengah Hari Susulan Pengambilan Untung Berterusan
Pasaran

Bursa Malaysia Kekal Negatif Pada Tengah Hari Susulan Pengambilan Untung Berterusan

Bursa Malaysia Kekal Negatif Pada Tengah Hari Susulan Pengambilan Untung Berterusan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Jan(Livevartha) –Bursa Malaysia kekal negatif pada tengah hari berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan selepas kenaikan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.90 mata kepada 1,579.90 daripada paras penutup 1,587.80 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasarandibuka rendah turun 1.28 mata kepada 1,586.52, dan turun naik antara paras 1,576.92 dan 1,586.52 sepanjang sesi dagangan pagi.

Suasanapasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 648 berbanding 213 manakala 398 kaunter tidak berubah, 1,138 tidak diniagakan dan 83 digantung.

Jumlah dagangan mencecah 1.99 bilion saham bernilai RM1.32 bilion.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata pemain pasaran memberi reaksi terhadap pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai pelaburan sektor swasta sehingga US$500 bilion dalam infrastruktur kecerdasan buatan (AI) dan projek Stargate.

"Selepas Trump mengumumkan projek Stargate, pelabur merasa teruja denganpasaran saham AI, mencetuskan pengambilan untung di sini selepas kenaikanbaru-baru ini," katanya kepada Livevartha.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank dan IHH Healthcare turun dua sen setiap satu kepada RM4.38 dan RM7.16, Tenaga Nasional susut enam sen kepada RM13.82, Maybank berkuranganenam sen kepada RM10.30 dan CIMB jatuh lima sen kepada RM8.01.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Rendah Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Rendah Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 29 Mac(Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 29 Mac (Livevartha) –Kontrak niaga...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Dalam Dagangan Terhad Minggu Depan Berikutan Cuti Hari Raya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Dalam Dagangan Terhad Minggu Depan Berikutan Cuti Hari Raya

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 29 Mac (Livevartha) — Kontrak...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dalam Mod Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dalam Mod Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 29 Mac(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...