KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari ini, dipacu oleh aktiviti belian ketara dalam saham wajaran tinggi terpilih yang didahului kaunter utiliti dan pembinaan dalam sentimen bercampur-campur di pasaran serantau.
Pada12.30 tengah hari, indeksFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.65 mata kepada 1,533.61 daripada 1,532.96 pada akhir dagangan semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka menokok1.03 mata kepada 1,533.99.
Pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 394 berbanding361 manakala 464 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,155 tidak diniagakan dan 13 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak1.05 bilion unit bernilaiRM851.71 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata peniaga optimis Amerika Syarikat (AS) dapat mencapai perjanjian perdagangan dengan negara lain selepas berakhirnya tempoh 90 hari penangguhan tarif pada minggu depan yang dibuktikan menerusi prestasi semalaman Wall Street yang meningkat.
“Di peringkat tempatan,FBM KLCI ditutup melepasi paras 1,530 yang berkemungkinan disebabkan oleh kemasukan semula dana asing,” katanya dalam nota penyelidikan.
Beliau turut menjangkakan indeks tersebut akan bergerak dalam julat 1,530 hingga 1,540 hari ini.
Saham wajaran tinggi menyaksikanTenaga Nasional meningkat sebanyak 24 sen kepada RM14.62, Maybank susut 1.0 sen kepada RM9.69, CIMB dan Public Bank masing-masing turun 4.0 sen kepada RM4.27 dan RM6.75manakala IHH Healthcare turun 3.0 sen kepada RM6.79.