Home Pasaran Bursa Malaysia Kekal Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Kekal Bercampur-campur Pada Tengah Hari

Bursa Malaysia Kekal Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Livevartha) –Bursa Malaysia kekal bercampur-campur pada tengah hari ini dalam dagangan berhati-hati walaupun prestasi menggalakkan dalam pasaran serantau berikutan kenaikan semalaman di Wall Street.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.43 mata kepada 1,537.79 daripada 1,540.22 pada Rabu.

Bursa ditutup pada Khamis sempena cuti Hari Pekerja.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 2.80 mata kepada 1,537.42 dan bergerak antara 1,532.23 dan 1,539.62 pada sesi dagangan pagi.

Suasana pasaran positif dengan 601 kaunter untung mengatasi 319 kaunter rugi manakala 406 kaunter tidak berubah, 1,018 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.63bilion saham bernilai RM1.13 bilion.

Prestasi menggalakkan di pasaran serantaudidorong oleh petunjuk kemungkinan rundingan perdagangan antara AS dan China, meningkatkan sentimen dalam kalangan peserta pasaran.

Peniaga kini memberi tumpuan kepada data senarai gaji bukan ladang dan kadar pengangguran bagi April, yang akan diumumkan hari ini.

Pada masa ini, Nikkei 225 Jepun melonjak 1.15 peratus kepada36,873.87, Indeks Hang Seng Hong Kong naik 1.53 peratus kepada22,453.20, Kospi Korea Selatan meningkat 0.22 peratus kepada2,562.04 dan Indeks Straits Times Singapura menambah 0.27 peratus kepada3,842.72.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...