Home Pasaran Bursa Malaysia Diunjur Kekalkan Momentum Positif Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Kekalkan Momentum Positif Minggu Depan

Bursa Malaysia Diunjur Kekalkan Momentum Positif Minggu Depan

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia dijangka mengekalkan momentum positifminggu depan, didorong oleh sentimen pelabur yang lebih baik dan prospek pasaran global yang optimis, kata peniaga.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata dari perspektif teknikal, FBM KLCI berada di atas paras purata pergerakan eksponen (EMA) 20 hari dan 50 hari, yang menunjukkan kecenderungan jangka pendek yang positif.

“Pertumpuan-Pencapahan Purata Pergerakan(MACD) kekal melebihi garisisyaratdengan histogram berkembang secara positif, memperlihatkan momentum meningkat. Petunjuk teknikal ini menunjukkan prospek pasaran yang membina dengan potensi peningkatanselanjutnya.

“Sehubungan itu, menjelang minggu depan, kami menjangkakan momentum meningkatini akan berterusan dengan indeks petunjuk pasaran dijangka bergerak antara 1,520 dan 1,560, masing-masing sebagai parassokongan dan rintangan,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan mengekalkan pandangan positif mengenaitrajektori jangka pendek FBM KLCI,dengan menjangkakan kenaikan yang berlakubaru-baru ini adalahberterusan.

“Indeks petunjuk pasaran dilihatbersedia untuk melepasi paras rintangan 1,555 — paras yang kali terakhir diuji pada awal Mac ketika tempoh spekulasi tarif yang tinggi — malah, mungkin meningkat menuju1,560 sekiranya momentum ini berkekalan.

"Prospek jangka pendek kami kekal didorong oleh gabungan beberapa faktor: sentimenkonfrontasi yang berkurangan dalam hubungan Amerika Syarikat (AS)-China, peningkatan aliran masuk modal asing dalamaset Malaysia, dan ringgit yang secara umumnya stabil," katanya.

Pasaran juga akan memberi tumpuan kepada rundingan perdagangan antara ASdan China yang dijadualkan pada 10 Mei di Geneva, Switzerland.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Diunjur Kekalkan Momentum Positif Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...