Home Pasaran Bursa Malaysia Diunjur Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan

Bursa Malaysia Diunjur Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dalam julat yang tidak menentu antara 1,500 hingga 1,530 minggu depan, sementara menunggu perkembangan baharuberita yang boleh menggerakkan pasaran.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen pasaran dijangka kekal suram, dengan pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

“Dari sudut teknikal, FBM KLCI berada dalam fasa pembetulan, diniagakan di bawah purata pergerakan utama, dengan petunjuk teknikal menunjukkan kelemahanjangka pendek.

“Bagaimanapun, terdapatisyarat bahawaindeks mungkin sedang bersedia ke arah peningkatan, terutama sekiranyatekanan makroekonomi meredadan sentimen serantau adalah lebihbaik,” katanya kepada Livevartha.

Thong berkata sekiranya berjayamelepasi paras 1,535,iaboleh menjadi isyarat peralihan kepada momentum pasaran yang positif.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat kecil tanpa kehadiran pemangkin yangjelas.

“Sekiranya indeks menyusut di bawah paras 1,500, aktiviti belian semasa harga rendah mungkin berlaku — terutamanya terhadapsaham permodalan besar yang terkurang nilai.

"Ketidaktentuan juga mungkin meningkat berikutan beberapa faktor penyebab. Pilihan raya Presiden Korea Selatan pada Selasa boleh mempengaruhi sentimen serantau manakala pelabur akan memantau dengan teliti siri pengumumandata ekonomi dari China, Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Malaysia — termasuk kemas kini mengenai eksport, inflasi dan indeks pengurus pembelian,” katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Berdepan Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Berdepan Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapanFTSE Bursa Malaysia KLCI...

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Diunjur Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...