Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Livevartha) –Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti membeli saham berharga rendah selepas penurunan semalam, meskipun prestasi lemah dipasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.54 peratus atau 8.81 mata kepada 1,641.44 daripada paras penutup1,632.63. pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaranyang dibuka tinggi naik 1.84 mata kepada 1,634.47, bergerak turun naik antara paras 1,633.72 dan 1,642.93 semasa sesi dagangan.

Suasana pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 634 berbanding 391,492 kaunter kekal tidak berubah, 976 tidak diniagakan dan 18 digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 2.68 bilion unit bernilai RM2.45 bilion berbanding 2.79 bilion unit bernilai RM3.16 bilion pada hari Rabu.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran serantau ditutup rendah hari ini, dengan saham hartanah di China dan Hong Kong mencatatkan jualan besar-besaran apabila taklimat kementerian perumahan China gagal meyakinkanpelabur.

Beliau berkata saham Jepun juga menyusut susulan laporan eksport September yang turun sebanyak 1.7 peratus tahun ke tahun, menandakan potensi kelemahan ekonomi.

Sebaliknya, beliau berkatapasaran sedang pesat membangun serantau menerima minat belian apabila pelabur asing mengalihkandana mereka ke negara-negara ini, tertarik dengan prospek pertumbuhan yang lebih baik.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...