Monday , 23 December 2024
Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Saham Wajaran Tinggi Sokong Indeks Kekal Pada Paras 1,600 Mata
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Saham Wajaran Tinggi Sokong Indeks Kekal Pada Paras 1,600 Mata

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Saham Wajaran Tinggi Sokong Indeks Kekal Pada Paras 1,600 Mata

KUALA LUMPUR, 26 Nov(Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.

Pada 5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik5.70 mata, atau0.35 peratus kepada1,603.15 berbanding1,597.45 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran yang dibuka lebih tinggi 3.05 mata kepada1,600.50 dan berlegar antara1,596.03 dan1,607.76 sepanjang sesi.

Pasaran yang lebih luas adalah negatif berikutan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 584 berbanding 412, manakala 528 kaunter tidak berubah, 938 tidak diniagakan dan 26 digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada2.54 bilion unit bernilaiRM2.37 bilion berbanding3.01 bilion unit bernilaiRM5.40 bilion semalam.

Ketua Penyelidikan PelaburanUOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan mengaitkan prestasi yang lebih baik itu disebabkan belian semasa harga rendah yang berterusan dalam komponen indeks diterajui oleh saham perkhidmatan penjagaan kesihatan.

"Peningkatan dalam sektor penjagaan kesihatanamat ketara, didorong oleh pendapatan sembilan bulan saham konstituennya, yang melebihi anggaran konsensus," katanya.

Di peringkat serantau, kebanyakan pasaran Asia ditutup rendah, dengan China ditutup rendah berikutan pelabur memberi reaksi terhadap kenyataan dasar ekonomi terbaharu Presiden terpilih Donald Trump, yang bakal mengenakan tarif import 25 peratus dari Kanada dan Mexico.

China juga bakal dikenakan tarif tambahan berikutan tindakan kurang tegas terhadap isu Fentanyl yang menimbulkan kebimbanganterhadap peningkatan ketegangan perdagangan.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...