Saturday , 28 December 2024
Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Indeks Komposit Naik 0.67 Peratus Disokong Minat Belian
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Indeks Komposit Naik 0.67 Peratus Disokong Minat Belian

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Indeks Komposit Naik 0.67 Peratus Disokong Minat Belian

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 26 Dis(Livevartha) –Bursa Malaysia mengekalkan momentumpositifnya untuk ditutup kukuh hari ini disokong oleh minat belian berterusan di tengah-tengah sentimen positif di seluruh pasaran, kata seorang penganalisis.

Pada5 petang, petunjuk pasaranFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.71 mata atau 0.67 peratus kepada 1,613.70 berbanding 1,602.99 padaSelasa.

Bursa Malaysia ditutup pada Rabusempena cuti umum sambutan hari Krismas.

Indeks utama itu dibukatinggi sedikit naik 0.59 mata kepada 1,603.58, dan bergerak dalamaliran menaik daripada paras terendah intra hari pada1,602.79 semasa sesi pagi kepada paras tertinggi 1,615.28 pada dagangan lewat petang.

Suasana pasaran juga positif, dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 692 berbanding 295, manakala 499 kaunter kekal tidak berubah, 936 tidak diniagakan dan 17 digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.47 bilion unit bernilai RM1.87 bilion daripada2.01 bilion unit bernilai RM1.54 bilion pada Selasa.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata prestasi positif pasaran hari ini disokong oleh minat belian terhadapsaham mewah semasa tempoh aktiviti memperelokkan akaun.

"Sentimen pasaran terus disokong oleh kenaikan berterusan diWall Street pada Selasa dengan saham teknologi menerajui kenaikan dan merangsang keyakinan pelabur.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Dengan Kecenderungan Penurunan Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Dengan Kecenderungan Penurunan Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 28 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Dagangan Kecil Niaga Hadapan Emas Diunjur Berterusan Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Kecil Niaga Hadapan Emas Diunjur Berterusan Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa...

Niaga Hadapan MSM Cenderung Naik Minggu Depan, Disokong Pengeluaran & Stok Rendah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Cenderung Naik Minggu Depan, Disokong Pengeluaran & Stok Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 28 Dis (Livevartha) –Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 28 Dis (Livevartha) — Kontrak niaga...