Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 31 Jan(Livevartha) — Bursa Malaysia mencatatkan lantunan semula daripada penurunan pada sesi pagi untuk ditutup tinggi dalam minggu dagangan singkat ini meskipun dagangan yang kecil, disokong oleh minat belian baharu, kata seorang penganalisis.
Pada5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.23 mataatau 0.27 peratuskepada 1,556.92 daripada paras penutup1,552.69 padaSelasa
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi naik1.09 mata kepada 1,553.78 dan bergerak ke paras rendah 1,545.84 semasa sesi pagi sebelum lembali mencecah paras tertinggi 1,563.03 pada sesi petang.
Suasana pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 508 berbanding 319 manakala 446 kaunter tidak berubah, 1,048 tidak diniagakan dan 37 digantung.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 1.47 bilion unit bernilai RM1.92 bilion daripada 2.19 bilion unit bernilai RM2.01 bilionpada Selasa.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata FBM KLCI berjaya ditutup tinggi sedikit walaupun dalam aktiviti dagangan lengang berikutan ramai peserta pasaran yang masih bercuti sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Di peringkat serantau, beliau berkata,pasaran utama juga mencatatkan kenaikan susulan sentimen yang bertambah baikwalaupun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif yang tinggi ke atas blok BRICS berhubung dakwaan usaha mengurangkanpergantungan terhadap dolar AS.
"Secara keseluruhannya, dagangan di seluruh rantau ini masih lengang kerana bursa di beberapa negara masih ditutupsemasa musim perayaan," katanya kepada Livevartha.