Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Minat Belian, IK Naik 2.46 Peratus
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Minat Belian, IK Naik 2.46 Peratus

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Minat Belian, IK Naik 2.46 Peratus

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Livevartha) — Bursa Malaysia kembali ke zon positif selepas ditutup lebih tinggi pada Selasa, didorong oleh aktiviti belian saham-saham yang berharga rendah.

Perkembangan itu berlaku di tengah-tengah pemulihan di kebanyakan pasaran saham serantau selepas diasak prestasi merudum dalam sesi dagangan semalam, kata peniaga.

Pasaran Nikkei 225 Jepun melonjak3,217.04 mata atau 10.23peratus kepada34,675.46 berbanding prestasi menjunam lebih 4,000 mata yang juga prestasi terburuknya sejak 1987.

Indeks Komposit SSE Shanghai menokok 0.23peratus kepada2,867.28 manakala Indeks Komposit IDX Indonesia naik 1.31peratus kepada7,151.80.

Pada 5 petang, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 37.91 mata atau 2.46peratus ke paras tertinggi intra harian 1,574.39 berbanding 1,536.48 pada penutup semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka menokok 5.66 mata kepada 1,542.14 namun susut ke paras intra harian terendah 1,529.09 sebelum bergerak dalam trajektori meningkat bagi tempoh berbaki dagangan.

Di pasaran meluas,kaunter untung mengatasi rugi iaitu 1,083 berbanding 309 manakala 348 kaunter tidak berubah, 665 tidak didagangkan dan tujuh yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan susutkepada 6.39 bilion unit bernilai RM5.31 bilion daripada 9.26 bilion unit bernilai RM7.97 bilion pada Isnin.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dipacu Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dipacu Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 30 April (Livevartha)–Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan kenaikan...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dipacu Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Ekoran Pengambilan Untung

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 29 April (Livevartha) –Bursa Malaysia dibuka sedikit...

Harga Minyak Soya, Unjuran Pengeluaran Jejas Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah
Pasaran

Harga Minyak Soya, Unjuran Pengeluaran Jejas Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 29 April(Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Pada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Lebih Lima Bulan Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Pada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Lebih Lima Bulan Berbanding Dolar AS

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 28 April (Livevartha) –Ringgit melantun semula...