Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Berikutan Belian Saham Telekomunikasi, Pengguna
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Berikutan Belian Saham Telekomunikasi, Pengguna

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Berikutan Belian Saham Telekomunikasi, Pengguna

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan trend meningkat untuk hari kedua berturut-turut hari ini berikutan pembelian saham telekomunikasi dan pengguna.

Menurut penganalisis, kebanyakan indeks utama Asia turut ditutup tinggi, didorong oleh kebimbangan yang reda terhadap rancangan tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.29 peratus atau 4.45 mata kepada 1,518.05 daripada 1,513.60 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka menokok 3.10 mata kepada 1,516.61 dan bergerak antara 1,514.65 dan 1,525.73 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 428 berbanding 398 manakala 481 kaunter tidak berubah, 1,162 tidak diniagakan dan 46 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.11 bilion unit bernilai RM2.46 bilion daripada 3.12 bilion unit bernilai RM2.50 bilion pada Selasa.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata minat belian banyak tertumpu kepada kaunter teknologi memandangkan tumpuan beralih kepada kemajuan kecerdasan buatan (AI) di China dan jangkaan mengenai sokongan ekonomi selanjutnya dari Beijing.

Beliau berkata pelabur akan memantau dengan teliti indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS pada Jumaat (28 Mac) untuk mendapatkan pandangan terkini mengenai jangkaan hala tuju yang akan dilaksanakan Rizab Persekutuan (Fed) AS untuk menentukan kadar faedah dalam tempoh terdekat.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...