Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 5 Jun(Livevartha) –Bursa Malaysia ditutuptinggi bagi hari kedua berturut-turut hari ini susulan aktiviti membeli saham pada harga rendah yang berterusanselepas penjualan minggu lepas, sejajar dengan prestasi memberangsangkan di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.67 peratusatau 10.15 mata, kepada 1,518.12 daripada paras penutup1,507.97 pada Rabu.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi naik 2.73 mata kepada 1,510.70 dan bergerak antara jajaran 1,509.25 dan 1,520.34 sepanjang sesi dagangan.
Keseluruhan pasaran kekal positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 641 berbanding 341, manakala 437 kaunter tidak berubah, 937 tidak diniagakan dan 20 digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 2.42 bilion unit bernilai RM2.27 bilion daripada2.40 bilion unit bernilai RM2.03 bilion pada Rabu.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau juga ditutup tinggi dengan belian kukuh dalam saham teknologi, kenderaan elektrik (EV) dan hartanah.
Saham teknologi global mendapat sokongan daripada penyusutanhasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS)berikutan data buruh rendah yang membayangkan kemungkinan Rizab Persekutuan AS (Fed AS) akan menurunkan lagikadar faedah.
Pada masa yang sama, peserta pasaran memantau rapat perkembangan kemelutperdagangan yang berterusan di bawah pentadbiran Presiden AS Donald Trump dan potensi perbincangan antara beliau dengan Presiden China Xi Jinping.