Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Akhiri Penurunan 6 Hari Berturut-Turut
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Akhiri Penurunan 6 Hari Berturut-Turut

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Akhiri Penurunan 6 Hari Berturut-Turut

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 23 Mei(Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi hari ini mengakhiri penurunan enam hari berturut-turut disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah berikutan sentimen mengelak risiko yang bertambah baik.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 8.36 mataatau 0.55 peratuskepada 1,535.38 daripada paras penutup 1,527.02 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasarandibuka tinggi naik 4.91 mata kepada 1,531.93, turun naik antara paras 1,531.76 dan 1,536.75 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 468 berbanding 447, manakala 506 kaunter tidak berubah, 998 tidak diniagakan dan 41 digantung.

Jumlah dagangan turun sedikit kepada 2.72 bilion unit bernilai RM2.17 bilion daripada2.78 bilion unit bernilai RM2.15 bilion pada Khamis.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI pulih semula daripada penurunan selama enam hari berturut-turut dengan dagangan mencatatkan pemulihan bermula pada sesi pagi dan kekal berterusan sehinggasesi penutup.

Beliau berkatasentimen risiko yang bertambah baik, ditambah pula dengan penurunan hasil Perbendaharaan AS, mendorong aktiviti membeli saham berharga rendah dalam saham permodalan besar terpilih.

"Terutamanya, penurunanhasil bon selepas lonjakan yang kukuh memberikan kelegaan kepada sektor yang sensitif kepada pergerakankadar, khususnya saham perbankan tempatan yang menerajui kenaikan hari ini.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...