Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Lewat Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Lewat Dagangan

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Lewat Dagangan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup rendah hariini disebabkan penjualan lewat mempengaruhi pasaran manaka pelabur kekal berhati-hati menjelang pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.63mata atau 0.11peratus kepada 1503.82.88 daripada 1,505.45.18 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 1.05mata lebih tinggi kepada 1,506.50.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 601berbanding 310, manakala 435kaunter tidak berubah, 1,080tidak diniagakan dan 19yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 3.01bilion unit bernilai RM1.92bilion daripada 3.43bilion unit bernilai RM4.28bilion pada Jumaat.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran serantau utama ditutup bercampur-campur dengan sentimen pelabur menjadi berhati-hati menjelang pengumuman tarif AS yang berpotensi boleh menjejaskan perdagangan global.

"Kami percaya sentimen pasaran tempatan akan kekal bercampur-campur, mendorong pendekatan berhati-hati. Melainkan penembusan melebihi paras rintangan, FBM KLCI dijangka kekal dalam jajaran kecil," katanya kepada Livevartha.

Sementara itu,Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI ditutup rendah hari inikerana sentimen pasaran kekal neutral dalam persekitaran perkembangan geopolitik tidak menentu yang berlanjutan.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...