KUALA LUMPUR, 13 Feb (Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila data terkini inflasi Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan peningkatan membayangkan Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengekalkan kadar faedahnya.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.77 mata kepada 1,592.28 daripada paras penutup 1,603.05 pada Rabu.
Petunjuk pasaran itudibuka rendah turun 1.07 mata kepada1,601.98 dan bergerak antara paras 1,592.20 dan 1,605.48.
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 573 berbanding 422 manakala 478 kaunter tidak berubah, 845 tidak diniagakan dan 23 digantung.
Jumlah dagangan menyusutkepada 2.56 bilion unit bernilai RM2.22 bilion daripada 3.15 bilion unit bernilai RM2.66 bilion pada Rabu.
Indeks Harga Pengguna (IHP) ASpada Januari meningkat sebanyak 0.5 peratus, merupakan peningkatan terbesar sejak Ogos 2023, manakala IHPteras naik0.4 peratus.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata walaupun konsensus pasaran telahpun mengambil kira kemungkinan Fed mengekalkan kadar faedahnya, namun kenaikan ini telah mengukuhkan lagi jangkaan itu.
Selain itu, dengan Presiden Donald Trump dijangka mengumumkan tarif timbal balik lewat hari ini, peningkatan lagiketegangan perdaganganboleh menjejaskanrantaian bekalan dan memberi impak terhadap sektor dipacu eksport, seterusnya memburukkan lagiketidaktentuan pasaran.
Bagaimanapun, beliau berkatabeberapa pasaran serantau menunjukkan tanda-tanda pemulihan apabila Trump bersetuju untuk memulakan rundingan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin bagi menamatkan perang di Ukraine.