Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari iniselepas sesi dagangan yang agak lembab sejajar dengan prestasi lemah di kebanyakan pasaran serantau.
Pada5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.78 mataatau 0.43 peratuskepada 1,584.25 dari penutupan Jumaat iaitu sebanyak 1,591.03.
Pasaran dibuka4.64 mata lebih rendah pada1,586.39 dan bergerak antara 1,577.95 hingga 1,586.39 sepanjang hari.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 719 berbanding 304, manakala 459 kauntertidak berubah, 871 tidak didagangkan, 10 lagi digantung.
Jumlah dagangan menurun kepada 2.69 bilion unit bernilai RM2.31 bilion daripada 2.99 bilion unit bernilai RM2.63 bilion yang dicatatkan semasa Jumaat sebelum ini.
Naib Presiden Penyelidikan EkuitiRakuten Trade Sdn Bhd,Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya ditutup lebih rendah berikutan jualan besar-besaran di Wall Street pada Jumaat lepas.
Di peringkat serantau,Hang Seng Hong Kong turun 0.58 peratus kepada 23,341.61, Indeks Komposit Shanghai China merosot 0.18 peratus kepada 3,373.03dan Kospi Korea Selatan susut 0.35 peratus kepada 2,645.27.
“Di pasaran tempatan,indeks penanda aras terus mencari sokongan pada paras sekitar 1,580 dan kekal dalam fasa penyatuan memandangkan jumlah dagangan yang agak lemah.