Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 16 April(Livevartha) –Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, terjejas olehaktiviti pengambilanuntung yang berterusan di tengah-tengah kebimbangan terhadap tarif perdagangan global.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.51 mata mewakili 0.64 peratus kepada 1,476.92 berbanding paras penutup 1,486.43 padaSelasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 0.02 mata lebih tinggi kepada 1,486.45 dan bergerak antara 1,472.84 dan 1,487.50 sepanjang hari.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 573 berbanding 320, manakala 434 kaunter tidak berubah,1,071 tidak diniagakan dan sembilan digantung.

Jumlah dagangan turun kepada3.00 bilion unit bernilaiRM1.65 bilion daripada3.36 bilion unit bernilaiRM1.91 bilion pada Selasa.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata kedudukan pasaran yang tidak banyak berubahhari ini dilihat sebagai tindak balas semula jadi terhadap ketidaktentuan yang berlaku.

"Disebabkan dasar yang berubah-ubah, turun naik pasaran kekal tinggi, dan inimenjadikan aktiviti pengambilan untung strategiyang rasional dan berhemat,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Sedek berkata kebimbangan itu semakin meningkat apabila Presiden AS Donald Trumpmenggesa rundingan terus dengan China berikutan keputusan Beijing untuk menangguhkan penghantaran jet Boeing kepada syarikat penerbangannya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...