Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) –Bursa Malaysia ditutup lebih tinggihari inidisokong oleh pembelian berterusan dalam kaunter berwajaran tinggi terpilih,menurut seorang penganalisis.
Pembelian berterusan dalam kaunter berwajaran tinggi terpilih berkenaanditerajuiperkhidmatan kewangan serta kaunter produk dan perkhidmatan perindustriandi sebalik prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 1.20 mataatau 0.08 peratuskepada 1,550.19 daripada1,548.99ketika ditutup padaKhamis.
Indeks petunjukpasarandibuka 1.75 mata lebih tinggi pada paras 1,550.74 dan berlegar antara 1,547.70 hingga 1,551.78 sepanjang hari.
Secara keseluruhannya, pasaranberada dalam keadaan positif dengan 489 kaunter untung mengatasi466 kaunter rugimanakala 509 kaunter tidak berubah, 923 tidak diniagakan dan 21 lagi digantung.
Jumlah dagangan menurun kepada 3.43 bilion unit bernilai RM2.47 bilion daripada5.09 bilion unit bernilai RM2.9 bilion pada Khamis.
Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Lengberkata FBM KLCI ditutup lebih tinggidengan pembelian tertumpu kepada kaunter pengguna, utiliti dan perbankanmanakala aktiviti pengambilan untung berlaku ke atas saham berkaitan Petronas.
“Sentimen pasaran serantau kekal berhati-hati susulan rancangan Presiden Donald Trump untuk mengeluarkan kenyataanrasmi hari ini berhubungkadar tarif Amerika Syarikat (AS) yang disemak semula ke atas ekonomi global utama.