Oleh Anas Abu Hassan and Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri minggu yang singkat ini dengan prestasi yang positif pada Khamisapabila indeks utama naik 0.55 peratus berikutan aktiviti belian saham pada harga rendahserta sentimen pasaran yang bertambah baik, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 8.37 mata menghampiri paras tertinggi intra hari1,528.16 daripada1,519.79 ketika ditutup pada Rabu.
FBM KLCI, yang dibuka 0.45 mata lebih tinggi kepada paras terendah harian 1,520.24, bergerak dalam aliran menaik sepanjang sesi pagi dan terus mencatat kenaikanpada akhir dagangan.
Pasaran secara keseluruhan adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 509 berbanding 409, manakala 492 kaunter tidak berubah, 1,028 tidak diniagakan dan 102 digantung.
Jumlah dagangan turun kepada 2.90 bilion unit bernilaiRM2.23 bilion berbanding 3.15 bilion unit bernilaiRM2.27 bilion pada Rabu.
Naib Presiden Penyelidikan EkuitiRakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata pasaran serantau utama berakhir dengan bercampur-campur apabila pelabur cuba mengimbangi antara berita peluang perdamaian yang berkekalan di Timur Tengah dan risiko negatif berkaitan tarikh akhir pelaksanaan tarif AS yang semakin hampir.
Di pasaran tempatan, beliau berkata indeks penanda aras menunjukkan petandapositif apabila mula mengejar prestasi rakan serantau selepas tempoh prestasi yang kurang memberangsangkan.
“Minat belian yang diperbaharui dan sentimen yang bertambah baik membantu mengecilkan jurang prestasi, sekali gus memberi isyarat kepada unjuran pasaran tempatan yang lebih konstruktif.