Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Livevartha) –Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkatnyaminggu depan, disokong oleh landskap ekonomi global yangbertambah baik sertakembalinya semula pembelian asing kebursa tempatan.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata denganminat asingkembali semula ke dalam pasaranserta pelabur luar negara bertukar menjadipembeli bersih di Bursa Malaysia, ia membayangkan kemungkinan aliran masuk yang berterusan.
"Ekuiti Malaysia terus menonjol atas dasar penilaian sebenar, yang boleh semakin menarik perhatian pelabur global," katanya kepada Livevartha.
Menurut laporan, China semalam menunjukkankesediaannya untuk terlibat semula dalam perbincangan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS).
Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata keseluruhan prestasi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada minggu yang baru berakhir ini mengatasijangkaan awal dengan indeks itu meneruskankenaikannya untuk ditutup kepada 1,542.49 pada Jumaat.
“Prestasilebih kukuh daripada jangkaan ini menunjukkan keyakinan tinggipelaburdan daya tahan pasaran di tengah-tengah ketidaktentuan global,” katanya kepada Livevartha.
Menurutnya, data senarai gaji bukan ladang (NFP) bagi April akan menjadi faktor penting dalam menentukan sama ada ekonomi AS menghadapi kelembapan jangka pendek akibat tarif atau penurunan bagi tempoh lebih lama.
"Pasaran memantau rapat petunjuk ini bagi mencari petunjukmengenai keadaanekonomi AS dan potensi implikasi bagidasar monetari, terutamanya di tengah-tengah ketegangan perdagangan yang berterusan," katanya.