Home Pasaran Bursa Malaysia Dijangka Kekal Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Kekal Berhati-hati Minggu Depan

Bursa Malaysia Dijangka Kekal Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Jan(Livevartha) — Bursa Malaysia dijangkakekal berhati-hati minggu depan berikutan pelabur bersiap sedia untuk memulakan 2025 dengan pendekatan berhati-hati, selain tumpuan kepada Hari Pelantikan Presiden Amerika Syarikat (AS)yang dijadualkan pada 20 Januari, kata penganalisis.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ancaman perlindungan perdagangan boleh mencetuskan tempoh stagflasi, mencabar pertumbuhan ekonomi global dan mewujudkan risiko tertentu kepada pengeksport Asia.

Katanya walaupun sasaran utama langkahini dilihat terhadap China, ekonomi jiran yang mempunyai hubungan eksport yang ketara dengan China, seperti Malaysia, mungkin akan merasakan impak awalnya.

“Ketegangan geopolitik ini boleh mengatasi prospek positif dari segi asas untuk pasaran dan ekonomi Malaysia pada suku pertama tahun baharu, memberikan bayangan ketidaktentuan di rantau ini,” katanya kepada Livevartha.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata 10 Januari akan menjadi hari yang sibuk untuk pasaran Malaysia dan AS.

Katanya bagi Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia dijadualkan mengeluarkan data mengenai statistik pembuatan, indeks pengeluaran perindustrian, statistik tenaga kerja serta perdagangan borong dan runcit bagi November.

“Petunjuk ini penting untuk mengemas kini unjuran ekonomi dan meneliti tinjauan pasaran,”katanya kepada Livevartha.

Di AS, Mohd Sedek berkata data senarai gaji bukan ladang yang dikeluarkan akan diberi perhatian berikutan data ini dapat memberikan pandangan penting mengenai pasaran tenaga kerja dan boleh mempengaruhi pendirian Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS menjelang mesyuaratnya pada 28 hingga 29 Januari ini.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...