Home Pasaran Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Tidak Menentu Minggu Depan

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Livevartha) –Dagangan di Bursa Malaysia dijangka tidak menentu minggu depanwalaupun keyakinan pasaran disokong oleh sentimen global yang bertambah baik, kata seorang peniaga.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kekal dalam prospekkonstruktif dalam trajektori jangka pendek.

Beliau berkata keyakinan itu disokong oleh ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang semakin reda, peningkatan aliran masuk asing ke dalam aset Malaysia dan pengukuhan ringgit.

"Sehubunganitu, pelabur juga harus bersedia menghadapi ketidaktentuan minggu depan kerana bank pusat di Australia, China dan Indonesia dijangkamengumumkan keputusan dasar monetari.

"Indeks penanda aras telah menembusi paras rintangan 1,555, kali terakhir diuji adalah pada Mac dalam persekitaranspekulasi tarif AS dan bagi tempoh seketikamencecah paras 1,586 pada 15 Mei, berpotensi bergerakke arah ambang psikologi 1,600," katanya kepada Livevartha.

Pada Jumaat, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.4 peratus pada suku pertama 2025 berbanding 4.2 peratus pada suku pertama2024, didorong oleh perbelanjaan isi rumah yang mampan disokong oleh keadaan pasaran buruh dan dasar kerajaan yang menggalakkan.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata perhatian pelabur juga akan tertumpu pada sejumlah besar data ekonomi seperti indeks harga pengguna (IHP) teras zon euro, angka pengeluaran perindustrian China dan perkembangan terbaharudaripadaJawatankuasa Pasaran TerbukaRizabPersekutuan(FOMC) AS.

"Kami menjangkakan indeks penanda aras akan kekal dalam jajaran kecil untuk beberapa minggu akan datang bagi menunggu pemangkin baharu," katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...