Sunday , 23 February 2025
Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi beralih kepada rendah kemudiannya, didorong olehsentimen berhati-hati berikutan prestasi Wall Street yang bercampur-campur pada Jumaat lepas.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.88 mata kepada 1,592.48.

Suasana pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak185 berbanding 108 manakala 315 kaunter tidak berubah, 1,700 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 197.34 juta unit bernilai RM80.68 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangka indeks FBM KLCI diniagakan dalam julat 1,585 hingga 1,595 hari ini.

Beliau berkata petunjuk daripada Wall Street bercampur-campur berikutan peniaga memilih untuk tidak mengambil kira data jualan runcit pada Januari yang lebih rendah daripada jangkaan, menunjukkanpengguna mula mengurangkan perbelanjaan.

“Oleh itu, walaupun Nasdaq ditutup positif berikutan permintaan berterusan terhadap saham teknologi, Dow Jones Industrial Average (DJIA) dan Indeks Standard & Poor’s 500 (S&P500) merosot.

“Sementara itu, hasil untuk tempoh 10 tahun Amerika Syarikat (AS) terus susut kepada 4.478 peratus,” katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — Ringgit...

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini
Pasaran

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — -Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global

KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup...