Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Kemudiannya
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Kemudiannya

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan lebih tinggi namun susut kemudiannya, menjejaki prestasi semalaman Wall Street ketika pengeluar automotif Amerika Syarikat (AS) mendapat pengecualian tarif untuk sementara waktu.

Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.36 mata kepada 1,568.78 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam.

Bagaimanapun, ia kemudiannya susut 6.91 mata kepada 1,557.51 selepas lebih sejam dagangan dijalankan berbanding penutupan semalam pada 1,564.42.

Sewaktu dibuka, indeks penanda aras itu menokok 4.53 mata pada 1,568.95.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 317 berbanding 309manakala 363 kaunter tidak berubah, 1,353 tidak didagangkan dan tujuh lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak192.60 juta saham bernilai RM95.55 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata berkata tindakan AS memberi penangguhantarif selama sebulan untuk pengeluar automotif telah mencetuskan jangkaan kemungkinan tindakan sama turut diperluaskankepada industri lain.

“Namun, ketidaktentuan kekal ketara susulan jangkaan potensi tekanan inflasi yang menyebabkan hasil Perbendaharaan 10 tahun AS meningkat pada 4.28 peratus," katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...