Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedahnya dan mengesahkan prospek untuk dua kali pengurangan kadar faedah tahun ini.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.44 mata kepada 1,523.10 daripada 1,517.66 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 4.74 mata lebih tinggi kepada 1,522.40.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 255 berbanding 87 manakala 222 kaunter tidak berubah, 1,873 kaunter tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 167.35 juta saham bernilai RM91.13 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Fed memutuskan kadar faedahnya dikekalkan walaupun inflasi AS dijangka meningkat tahun ini memandangkan pertumbuhan ekonomi yang lemah berkemungkinan dapat mengimbangi tekanan inflasi.

“Sementara itu, pelabur akan memantau pengumuman kadar utama pinjaman oleh People’s Bank of China,” jelasnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Public Bank menambah dua sen kepada RM4.56, TNB naik 10 sen kepada RM13.66, CIMB meningkat enam sen kepada RM6.99, dan Press Metal menokok dua sen kepada RM5.02.

Maybank dan CelcomDigi masing-masing tidak berubah pada RM10.36 dan RM3.53, manakala IHH Healthcare kurang satu sen kepada RM7.09 dan Hong Leong Bank susut enam sen kepada RM20.40.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...