Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Disokong Lonjakan Saham Kewangan
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Disokong Lonjakan Saham Kewangan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Disokong Lonjakan Saham Kewangan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Livevartha) –Bursa Malaysia dibuka tinggi melepasi paras1,660dengan indeks penanda aras memperoleh 0.79 peratus, paras tertinggi dalam tempoh44 bulan disokong oleh belian berterusan di kaunter perkhidmatan kewangan.

Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 13.17mata kepada 1,665.46daripada 1,652.29ketika ditutup pada Selasa.

IndeksFBM KLCI tertinggi sebelum ini dicatatkan pada 14 Disember 2020, ia ditutup pada 1,662.74.

Indeks itu dibuka 5.48mata lebih tinggi kepada 1,657.77.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untungmengatasi kaunter rugisebanyak 183berbanding 178, manakala 217kaunter tidak berubah, 1,938kaunter tidak diniagakan dan 42yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 136.53juta unit bernilai RM121.54juta.

Saham di pasaran Wall Street ditutup tinggi dalam persekitaran ketidaktentuan kerana pedagang menunggu pengumuman pendapatan Nvidia yang akan dikeluarkan lewat hari ini.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen tempatan semakin baik dengan peningkatan pendapatan korporat, ekonomi kukuh, lebih banyak kontrak pembinaan terutamanya di pusat data dan pengukuhannilai ringgit.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...