Wednesday , 5 February 2025
Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Belian Saham Mewah Terpilih
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Belian Saham Mewah Terpilih

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Belian Saham Mewah Terpilih

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dipacu oleh belian saham wajaran tinggi terpilih dan saham pembinaan, kata penganalisis.

Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.76 mata kepada 1,565.32 daripada 1,564.56 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.07 mata kepada 1,565.63.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 141 berbanding 75 manakala 205 kaunter kekal tidak berubah, 1,897 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 147.57 juta unit bernilai RM66.96 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata memandangkan penurunan dalam sektor pembinaan sejak bulan lepas, ia akan menyebabkan aktiviti belian saham semasa harga murah untuk industri itu, disokong oleh inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) dan pembangunan pesat pusat data di negara ini.

“Walaupun peniaga berhati-hati terhadap kaunter sarung tangan berikutan keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menangguh pelaksanaan tarif terhadap Mexico dan Kanada, kami percaya pelabur mungkin menunggu disebabkan pengumuman pendapatan semakin hampir, selain itu kami juga menjangkakan pertumbuhan dalam pendapatan mereka,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Ia berkata peniaga akan terus memantau Indeks Pengurus Pembelian (IPP nukan Pembuatan ISM), IPP Perkhidmatan Global S&P dan IPP Perkhidmatan Caixin China hari ini untuk mengatur langkah seterusnya.

Di pasaran saham tempatan, firma pembrokeran itu menyarankan Oriental Kopi kerana potensi pertumbuhannya yang pesat, pemindahan syarikat itu ke pasaran utama dan status shariah yang dijangkakan memberi petunjuk positif.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Penyusutan Pasaran Soya, Minyak Mentah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Penyusutan Pasaran Soya, Minyak Mentah

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 4 Feb(Livevartha) — Kontrak niaga...

Penangguhan Kenaikan Tarif AS Bantu Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

Penangguhan Kenaikan Tarif AS Bantu Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Livevartha) — Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS...

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Belian Saham Berharga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Belian Saham Berharga Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 4 Feb (Livevartha) — Bursa...

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-campur
Pasaran

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 4 Feb(Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur diniagakan bercampur-campur pada...