Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan aktiviti belian semasa harga rendah yang sederhana dalam keadaanprestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.50 mata kepada 1,509.47 daripada1,507.97 semasa ditutup pada Rabu.
Indeks petunjuk pasarandibuka 2.73 mata lebih tinggi kepada 1,510.70.
Pasaran secara keseluruhannya menyaksikan 106 kaunter untung berbanding100 kaunter rugi manakala 222 kaunter tidak berubah, 1,928 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan sebanyak 82.87 juta unitbernilai RM52.36 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Lengberkata prestasi bercampur-campur di Wall Street adalah disebabkandata pengambilan pekerja sektor swasta Amerika Syarikat (AS) yang mencatat paras terendah dalam tempoh dua tahun akibat kebimbangan mengenai ketidaktentuan yang memberi tekanan kepada ekonomi AS.
Di Hong Kong, Indeks Hang Seng terus mencatat aliran menaik sehingga hampir kepada paras tertinggi dalam tempoh dua bulan berikutan peniaga terus yakinbahawa rundingan antara China dan AS akan diadakan pada bila-bila masa.
Di dalam negara, Thong berkata FBM KLCI pada Rabu berjaya mengubah trend menurun baru-baru ini dan ditutup dalam wilayah positif berikutan aktiviti pembelian pada saat-saat akhir.