Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran BURSA MALAYSIA DIBUKA TINGGI
Pasaran

BURSA MALAYSIA DIBUKA TINGGI

BURSA MALAYSIA DIBUKA TINGGI

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, didorong oleh optimisme bahawa indeks petunjuk pasaran tempatan akan terus meningkat menjelang akhir tahun walaupun prestasi Wall Street bercampur-campur, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.09 mata kepada 1,608.84 daripada 1,608.75 pada Jumaat lepas. 

Indeks dibuka tinggi 0.13 mata kepada 1,6008.88. 

Suasana pasaran positif berikutan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 162 berbanding 122 manakala 336 kaunter tidak berubah, 1,855 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 142.54 juta unit bernilai RM73.26 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur berikutan peniaga kebanyakannya tidak memasuki pasaran menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) esok.

Walaupun ramai menjangka Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah, hasil 10 tahun AS kekal tinggi pada 4.395 peratus.

Beliau berkata ini akan meletakkan hutang negara AS yang kini berjumlah US$36.2 trilion dalam kedudukan menarik apabila penggantungan had hutang berakhir pada 1 Jan 2025.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng (HSI) merosot ke bawah paras 20,000 berikutan rumusan daripada mesyuarat dasar ekonomi China gagal memenuhi jangkaan pelabur.

Related Articles

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Musim Cuti Dijangka Pengaruhi Pergerakan Ringgit Dalam Julat Kecil Minggu Depan
Pasaran

Musim Cuti Dijangka Pengaruhi Pergerakan Ringgit Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Ringgit...