Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sejajar Dengan Prestasi Lemah Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sejajar Dengan Prestasi Lemah Wall Street

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sejajar Dengan Prestasi Lemah Wall Street

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah pada Rabu, dipengaruhi olehprestasi lemah Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

Pada pukul 9.11 pagi, Indeks FBM KLCI turun 1.06 mata kepada 1,628.73 daripada 1,629.79 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks itu dibuka 0.87 mata lebih rendah kepada 1,628.92.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 233 berbanding 158, manakala 323 kaunter lagi tidak berubah, 1,656 kaunter tidak diniagakan, dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 359.38 juta saham bernilai RM170.82 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata data pasaran terkini dari Amerika Syarikat (AS) menunjukkan jumlah tawaran pekerjaan yang lebih tinggi daripada jangkaan pada November lepas.

Beliau berkata ini menunjukkan daya tahan ekonominya, yang boleh menyebabkan Rizab Persekutuan AS (Fed) mempertimbangkan semula pengurangan kadar faedah seterusnya.

Hasil Perbendaharaan AS berjangka 10 tahun meningkat tujuh mata asas kepada 4.693 peratus, selepas mencecah paras tertinggi harian pada 4.699 peratus, sekali gus menjadi paras tertinggi sejak April 2024, katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...