Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street, Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street, Sentimen Berhati-hati

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street, Sentimen Berhati-hati

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 16 April (Livevartha)–Bursa Malaysia menyaksikan dagangan rendah pada sesi awal Rabu, menjejaki kerugian semalaman Wall Street di tengah-tengah sentimen waspada kalangan pelabur susulan kecelaruan dasar tarif Presiden Donald Trump.

Pada 9.10 pagi ini,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.78 mata kepada 1,483.65 daripada 1,486.43, semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka menokok 0.02 mata pada 1,486.45.

Pasaran secara amnya adalah negatifdengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 169 berbanding 110 manakala231 kaunter tidak berubah, 1,888 tidak didagangkan dan sembilan digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak144.81 juta saham bernilai RM62.69 juta.

Prestasi semalamanWall Street menyaksikan S&P 500 turun 0.17 peratus kepada 5,396.63, Dow Jones susut 0.38 peratus kepada 40,368.96dan NASDAQ Composite menguncup sebanyak 0.05 peratus kepada 16,823.17.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup lebih rendah walaupun dibuka meningkat ketikasentimen pelabur menjadi berhati-hati di tengah-tengah ketidakpastian baharu mengenai dasar tarif Trump.

“Ramai peserta pasaranmenjangkakan ketidakstabilan berkaitan perdagangan akan berlanjutan.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...